Thursday, December 24, 2009

Hari Baik dan Hari Jahat Kalendar Arab


Mengetahui hari-hari dalam satu bulan Arab

Pada fasal ini dalam kitab tajul muluk mensyarahkan hari dalam bulan Arab mengikut mazhab Jaafar as-Siddiq samada bahagia atau sejahtera

Sila klik disini


1. Hari pertama. Maka barangsiapa mengadap raja-raja , berniaga,musafir atau bercucuk tanam adalah baik. Jika sakit segera sembuh, jika menyerang orang menang dan jika diserang orang berjaya.
2. Hari kedua. Jika berniaga, musafir, dan belayar baik, selamat pergi dan pulang. Jika bertanam-tanaman dan mesyurat baik dan jika pergi kepada keluarga lambat bertemu dan jika sakit lambat sembuh dan jika menyerang orang tiada baik dan jika diserang orang binasa(kalah)
3. Hari ketiga. Apa pun pekerjaan pada hari ketiga tidak baik.
4. Hari keempat. Jika berniaga atau bertanam-tanaman atau berkahwin atau masuk rumah baru atau mengadap raja-raja adalah baik, tetapi dikerjakan pekerjaan yang jauh itu binasa dan jika budak jadi pada hari tersebut alamat sukacita dan berharta.
5. Hari kelima. Jika berniaga atau berkahwin baik, jika membuat pekerjaan yang jauh itu jahat, jika sakit lambat sembuh jika berjalan kemana-mana tidak baik dan jika budak jadi pada hari itu tidak baik.
6. Hari keenam. Jika berniaga beroleh untung, jika berbekam baik, budak jadi pada hari itu murah rezki(insyaalah)dan jika sakit lambat sembuh, dan segala pekerjaan baik lagi selamat.
7. Hari ketujuh. Jika diambil hutang tiada baik, jika berjalan beroleh untung dan jika mencari sesuatu baik jika orang sakit pada hari itu kesukaran sangat. Jika budak jadi pada hari itu suka berbuat dusta, dan jika menyerang baik dan jika diserang tidak baik.
8. Hari kelapan. Jika berniaga atau bertanam-tanaman itu baik dan jika berlayar itu jahat dan jika budak jadi baik dan bahagia, jika sakit segera sembuh tetapi barang pekerjaan ada yang baik dan ada yang jahat.
9. Hari kesembilan. Jika berjalan-jalan jadi berkelahi dan berbantah-bantah, jika berlayar beroleh untung, jika sakit pada hari itu segera sembuh, jika budak jadi derhaka terhadap ibu bapa dan barang pekerjaannya tidak baik.
10. Hari kesepuluh. Jika berlayar atau berniaga dan bertanam-tanaman atau berkahwin adalah baik, jika budak jadi pada hari itu baik dan jika menyuruh kemana-mana berhasil, jika sakit sgera sembuh dan jika berjalan beroleh untung jika menyerang baik dan jika diserang orang baik jua.

Nanti akan sambung hari-hari yang seterusnya baik dan buruk dalam kitab Tajul Muluk mengikut bulan Islam( Arab)



4 comments:

  1. As salam tuan,pada hari khamis 11 april 2013 kurang lebeh 930mlm ke 1000mlm saya satu keluarga dlm perjalan balik kampung telah terlibat dlm satu kemalangan ngri yg mana kereta yg saya pandu hilang kawalan dan telah bepusing lalu merempuh sebuah lori kargo yg berada disebelah kiri jalan, kami sekeluaraga tidak mengalami sebarang kecederaan, Alhamdulillah syukur kpd ygMaiha melindungi. Mintak pendapat dan pendapat saudara

    ReplyDelete
  2. boleh saya tahu apa motif kitab tajul muluk ini diceritakan? untuk apa ye? tak cukupkah kita dgn kitab alquran?

    mana lg baik adakah ayat dr allah swt (alquran) atau dr manusia yg jahil yg cetek ilmunya yg menulis (kitab tajul muluk)?

    ReplyDelete
  3. puak wahabi memang tak percaya kitab2 lainnya kerana mereka BANGGA yang cuma hafal dengan alquran TETJEMAAHnya saja..sedangkan SELURUH ILMU datangnya dari alquran seperti...ilmu falak , tajul muluk , tasawwuf , laduni , tafsir dan sebagainya...kerana itulah puak wahabi hanyalah golongan yang BERANGAN2 menabik dada mengaku islam tapi sebenarnya adalah KAFIR yang bertopengkan islam

    ReplyDelete
  4. Kalau alquran bisa kita fahami dengan mempelajari kitab tafsir. Bukan terjemahan kalau terjemahan itu balik bahasa namanya.

    ReplyDelete