Thursday, December 24, 2009

Hari Baik dan Hari Jahat Kalendar Arab


Mengetahui hari-hari dalam satu bulan Arab

Pada fasal ini dalam kitab tajul muluk mensyarahkan hari dalam bulan Arab mengikut mazhab Jaafar as-Siddiq samada bahagia atau sejahtera

Sila klik disini


1. Hari pertama. Maka barangsiapa mengadap raja-raja , berniaga,musafir atau bercucuk tanam adalah baik. Jika sakit segera sembuh, jika menyerang orang menang dan jika diserang orang berjaya.
2. Hari kedua. Jika berniaga, musafir, dan belayar baik, selamat pergi dan pulang. Jika bertanam-tanaman dan mesyurat baik dan jika pergi kepada keluarga lambat bertemu dan jika sakit lambat sembuh dan jika menyerang orang tiada baik dan jika diserang orang binasa(kalah)
3. Hari ketiga. Apa pun pekerjaan pada hari ketiga tidak baik.
4. Hari keempat. Jika berniaga atau bertanam-tanaman atau berkahwin atau masuk rumah baru atau mengadap raja-raja adalah baik, tetapi dikerjakan pekerjaan yang jauh itu binasa dan jika budak jadi pada hari tersebut alamat sukacita dan berharta.
5. Hari kelima. Jika berniaga atau berkahwin baik, jika membuat pekerjaan yang jauh itu jahat, jika sakit lambat sembuh jika berjalan kemana-mana tidak baik dan jika budak jadi pada hari itu tidak baik.
6. Hari keenam. Jika berniaga beroleh untung, jika berbekam baik, budak jadi pada hari itu murah rezki(insyaalah)dan jika sakit lambat sembuh, dan segala pekerjaan baik lagi selamat.
7. Hari ketujuh. Jika diambil hutang tiada baik, jika berjalan beroleh untung dan jika mencari sesuatu baik jika orang sakit pada hari itu kesukaran sangat. Jika budak jadi pada hari itu suka berbuat dusta, dan jika menyerang baik dan jika diserang tidak baik.
8. Hari kelapan. Jika berniaga atau bertanam-tanaman itu baik dan jika berlayar itu jahat dan jika budak jadi baik dan bahagia, jika sakit segera sembuh tetapi barang pekerjaan ada yang baik dan ada yang jahat.
9. Hari kesembilan. Jika berjalan-jalan jadi berkelahi dan berbantah-bantah, jika berlayar beroleh untung, jika sakit pada hari itu segera sembuh, jika budak jadi derhaka terhadap ibu bapa dan barang pekerjaannya tidak baik.
10. Hari kesepuluh. Jika berlayar atau berniaga dan bertanam-tanaman atau berkahwin adalah baik, jika budak jadi pada hari itu baik dan jika menyuruh kemana-mana berhasil, jika sakit sgera sembuh dan jika berjalan beroleh untung jika menyerang baik dan jika diserang orang baik jua.

Nanti akan sambung hari-hari yang seterusnya baik dan buruk dalam kitab Tajul Muluk mengikut bulan Islam( Arab)



[...] Selengkapnya...

Monday, December 21, 2009

Agama "Sabiah"


Dizaman Jahiliah sebelum kedatangan Islam masyarakat Arab ketika itu amat pandai melihat perjalanan bintang.. Mereka dikenali dengan nama agama “Sabiah”. Mereka menggantungkan kepercayaan kepada perjalanan bintang atau falak,berkeyakinan bahawa segala ini, gerak dan diamnya, berjalan dan berhentinya semuanya itu berkait dengan perjalanan dan peredaran bintang. Sebab itu bintang ada namanya masing-masing. Bagi matahari ada rumahnya bagi bulan ada rumah-rumah persembahan masingmasing. Tiap2 bintang ada tuhan yang menyerupainya. Venus atau Zuhrah tuhan dari kecantikan. Di Rom masih ada berhala Venus yang patah tangan nya..
Bintang itu mereka bahagi kepada 12 tumpok, tiap-tiap satu tumpok bernama buruj. Enam bintang selatan dan enam bintang utara. Bintang selatan ialah Hamal, seer, Sarthan,asad, dan sunbulah. Dan bintang utara ialah mirzan, aqrab, qus, juddi,dalwu,dan hut. Hamal terkumpul dari 13 bintang, sur pulak 32, jauzakk 18, Sartahn 9, asad 27, sunbulah 23, mizan 8, aqrab 21, qus 31, juudi 28, dalwu 42, dan hut 34 bintang.

[...] Selengkapnya...

Sunday, December 20, 2009

Pengenalan Ilmu Bintang

Pertama yang mengerjakan ilmu bintang ialah Nabi Idris, selepas itu diwarisi kepada anaknya Astarab. Hinggalah ilmu tersebut sampai kepada Nabi Nuh. Semasa berlakunya banjir besar ilmu tersebut disurat atas bata tanah kerana bimbang musnah. Sesudah terselamat dari banjir besar ilmu itu sampai kepada zaman nabi Isa. Tatkala Nabi Isa diangkat menjadi Rasul maka orang Yahudi mengejar Baginda dan dikehendaki dibunuh maka Yahudi mendapati Baginda dalam satu bilik dan Nabi Isa bertanya kepada kepada Yahudi siApa yang memberitahu bahawa Aku(Nabi Isa) berada dalam bilik? Lalu Yahudi beritahu melalui ilmu nujum. Setelah itu Nabi Isa berdoa"Ya Allah beri Waham olehmu akan mereka itu Ilmu" dengan sebab itu ilmu nujum akan betul faham melainkan orang yang tajam akal lagi cerdik serta mahir tentang ilmu ini. Justeru tiada syak lagi bahawa ilmu nujum bagi Nabi Idris melainkan wahyu semata.

Sila Klik disini

Berkata As-Shaik Marzuki dalam Natijah Al-Miqat bahawa barangsiapa Mengiktikadkan nujum itu memberi kesan pada segala dengan tabiatnya maka jadi kafir dan barangsipa yang mengiktikadkan bahawa nujum itu memberi bekas kepada segala perkara dengan benar yang mana Allah meletakkan pada Nujum maka jadi fasik dan boleh jadi kufur. Dan barangsiapa mengiktikadkan bahawa Nujum itu tiada memberi bekas jua tetapi adalah kerana Nujum itu sebab Adat dan tiada dapat Adat(Sunnah) itu bersalahan dengan Alam maka orang itu jahil dengan hakikat hukum adat dan terkadang iktikad yang sedemikian membawa kepada kufur.
Adapun mereka yang beriktikad bahawa ilmu nujum itu Allah menjadikan segala perkara dan kejadian dengan sebab kehendakNya dan Qudrahnya semata dan bukan sebab Nujum dan bukan kekuatan yang Allah letakkan pada Nujum itu.Dan hanyalah Nujum itu hanya semata dalil dan alamat maka adalah orang itu mukmin mengikut ahlul Sunnah.

[...] Selengkapnya...